Welcome to my blog :)

rss
SELAMAT DATANG

Friday, 19 October 2012

Hai,awak!


     “Hai,awak!”
      Aku pandang lelaki yang menegur aku tadi.Pehal mamat ni.Bisikku.
     “Erm..boleh tumpang duduk.Tempat lain semua full.”
     Aku pandang kawasan di sekitarku.Betullah.Dah penuh.
     “Duduklah.”Sepatah aku menjawab.
     Thanks ya.”Terus diucap setelah melabuhkan duduknya.
     Suasana di meja masih sama sebagaimana keadaan asalnya.Masing-masing tekun menyiapkan kerja mereka.
     “Hai,Amsyar!”
     Satu suara menegur.Huh!Perempuan gedik mana pula ni.Bisikku.
     “Oh,hai!Nak pergi mana?”Mamat tu menjawab.
     Ceh.Dia ni rupanya.Aku pandang perempuan tu sekilas.Erm..okey.Dia cantik lagi.Kerja aku teruskan tanpa mempedulikan drama sebabak di depan aku ni.Bukannya ada kaitan dengan aku pun.
     I nak cari you la.Tengok-tengok you ada di sini.Jom pergi makan ais krim.Nak tak?”Perempuan tu bersuara lagi.
     Meremang bulu roma aku.Muka aku blur macam biasa.Buat macam aku tak wujud di situ.
     “Oh,menariknya!Tapi I tak bolehlah nak temankan you.I ada banyak kerja ni.Kejap lagi I nak pergi jumpa classmates nak bincang untuk presentation esok.”Terang Amsyar panjang lebar.Sebenarnya mencari helah untuk mengelak.Dalam hati sengih jahat.Hehe.
     Hani dah tarik muka empat belas.Terkilan kerana ajakannya tidak diterima.Susah betul nak ajak Amsyar pergi mana-mana.
     “Ala..you ni.Malam ni tak boleh ke jumpa?”Hani masih memujuk.
     “Tak bolehlah.Nanti tak sempat nak buat preparation.You pun tahu kan Encik Ikbal tu macam mana orangnya.Mampus I dengan dia nanti kalau tak prepare awal-awal.”Helah masih dicari.Go on Amsyar.Jangan mengalah.Hati kecil menyorak.Budak perempuan di depan dia blur sahaja sedari tadi.Muka pun tak diangkat dari bukunya.
     “Kalau macam tu tak apalah.I balik dulu.Jumpa lagi.Bye.”Dengan gaya gediknya dia melambai Amsyar.
     Aku sedaya upaya menahan mulutku daripada ketawa.First class punya drama.Bangga aku sebab dapat tengok drama sebabak ni.Hahaha.
     Sorry awak.Benda macam ni selalu terjadi.”Amsyar meminta maaf kepada gadis itu.Berharap agar dia mengerti.
     It’s okay.It doesn’t matter at all.Nice drama anyway.”Aku menjawab sinis.Hehe.
     By the way,my name is Amsyar.Your name is?”
     I don’t tell my name to a stranger.”Aku mengemas barang-barangku dan segera bangun untuk beredar daripada situ.Tak nak duduk lama-lama dengan dia ni.Tanda bahaya dah terbentang di hadapan.
     “Hei,nama awak apa?”Jerit Amsyar.
     Jeritannya tidak aku hiraukan.Ikut suka akulah nak bagitau ke tak nama aku.

***************
     “Faa.”Panggil Jue yang berada di sebelahku.
     “Hem..apasal?”
     “Cuba kau tengok mamat-mamat yang ada kat situ.Apasal dari tadi diorang pandang kita eh?”Jue menunjukkan kearah yang dimaksudkannya.
     Aku membuang pandang kearah yang ditunjukinya.Namun hampa.Apa yang terlihat hanyalah imej yang kabur.Maklumlah aku kan rabun.Lepas itu buat gaya macam nampak sahaja.Hehehe.
     “Entahlah.Aku tak kenal siapa mereka tu.Buat tak tahu sajalah Jue.Bukannya ada kaitan dengan kita berdua pun.”Jawabku malas.
     Jue mengangguk-anggukan kepalanya.”Betul juga kan.Bukannya ada kaitan dengan kita pun.Jomlah cepat.Nanti tak pasal-pasal tutup pula koperasi tu.”
     Kami jalan beriringan menuju ke koperasi.Hem..student dalam koperasi tak ramai.Ni yang seronok ni.Hehehe.Macam biasa aku akan pergi membeli ais krim kegemaranku jika aku melawat koperasi ni.Dah jadi macam satu rutin yang wajib bagi aku.
     Seorang pemuda juga turut datang kemudiannya.Turut membelek-belek ais krim apa yang patut dibeli.Eh!Dia beli ais krim yang sama macam akulah.Ada jodoh ni.Hatiku berbisik.
     “Fikir apa lagi?Tak nak bayar ke?”Pemuda itu menyoal.
     Tersentak aku.Kacau betullah.”Nak bayarlah ni.Sibuk ja.”Terus aku melangkah kearah kaunter.
     Selepas membayar aku segera keluar dan menanti Jue habis membeli di luar.Bukannya best pun kalau bersesak-sesak kat dalam tu.Kekurangan oksigen adalah.
     “Hai,awak!”
     Aku memandang figura yang menegur aku.Kening diangkat.
     Amsyar sengih pada gadis di hadapannya.Isy,budak ni.Takkan tak ingat aku kot.”Tak ingat saya ke?Saya Amsyar.”Dia memperkenalkan sekali lagi dirinya pada gadis itu.
     Aku garu kepala yang tidak gatal.”Hem..maaflah.Saya tak kenal awak.Pergi dulu.”Balasku seraya mendapatkan Jue yang kebetulan baru keluar daripada koperasi.
     “Siapa mamat tu?”Soal Jue.
     “Entah.Dia cakap nama dia Amsyar.Kau kenal ke?”Soalku kembali.
     “Isy..kau ni kan.Kalau kau tak kenal,aku lagilah tak kenal.”Balas Jue sambil ketawa.Aku turut ketawa mendengar jawapannya.

****************
     “Siapa girl tadi Am?”Soal Rizal.
     Amsyar merenung Rizal sebelum menjawab soalannya itu.”Ala.Budak yang aku cerita dulu la.Yang tayang muka blur dia time Hani tegur aku dulu tu.”
     “Owh.Cun juga budak tu.Kenalkan kat aku boleh tak?”Soal Rizal sambil tersengih.
     “Nama dia pun aku tak tahu lagi.Nak kenalkan dekat kau macam mana.Erm..by the way,budak tu aku punya.Kau jangan pandai-pandai nak potong jalan.”Tegas Amsyar.Keningnya berkerut memikirkan cara untuk dia mengenali perempuan itu.
     “Isy kau ni.Hani tu kau nak letak mana?”Soal Rizal lagi.
     “Isy.Bila masa aku ada apa-apa dengan si Hani tu.Dia yang tergedik-gedik dengan aku.Aku pun tak tahu macam mana nak jauhkan diri aku dari dia.Rimas aku dengan perempuan tu.Kau ada idea tak?”Amsyar menanyakan buah fikiran daripada rakannya.
     “Erm..aku pun tak tahulah Am.Kita bukannya boleh nak halang perasaan orang.Bukannya hak kita kalau kita nak halang.Betul tak?”
     Amsyar mengangguk-anggukkan kepalanya mendengar kata-kata Rizal.”Itulah masalahnya.”Jawabnya pendek.

************************
     Aku pandang Puan Aisyah yang berada di hadapanku ini.Entah sebab apalah dia meminta aku agar berjumpanya selepas kelas tadi.Sesekali dia meneliti kertas di hadapannya sambil memandang aku.Isy.Gerun betullah.
     “Haifaa.”Panggilnya.
     “Ya puan.Apa yang boleh saya bantu?”Ceh.Ayat skema gila.Hehe.
     “Setakat ini pencapaian awak dalam subjek matematik sangat membanggakan.Markah PB awak pun tak pernah turun.Dan saya harap awak tidak menyombong dengan kawan-kawan awak semata-mata kerana awak lebih pandai berbanding mereka.Dan saya nak minta pertolongan daripada awak.Dan saya harap awak tidak menolak.?”Puan Aisyah meninggalkan tanda tanya di benakku.
     “Pertolongan apa puan?”Soalku tidak bertangguh.
     “Kamu tahu kan ada di antara rakan-rakan kamu yang lemah dalam subjek ini?”Aku mengangguk tanda menjawab soalannya.”Jadi saya nak minta tolong kamu untuk menjadi salah seorang fasilitator mereka.Dan saya harap kamu bersetuju.Selain kamu ada lagi beberapa orang yang akan menjadi fasilitator.Mereka semua telah dimaklumkan kelmarin.Kamu kan bercuti kelmarin,jadi hari ini baru saya berpeluang memberitahu kamu.”Terang Puan Aisyah panjang lebar.
     “Baiklah puan.InsyaALLAH saya akan cuba membantu mereka dengan ilmu yang saya ada.”Jawabku seraya meminta diri.
***************************
        Aku berlari-lari anak ke bilik tutorial yang telah ditetapkan.Isy.Macam mana boleh tertidur ni?Kan dah lambat.Mesti diorang semua dah sampai.Isy..malunya nak masuk.Hati kecilku berbisik.Semua orang sudah sampai dan ada di antara mereka yang telah memulakan pengajaran mereka.
     “Assalamualaikum.”Aku memberi salam dan masuk dengan selambanya ke dalam ke kelas tutorial.Gaya macam aku masih datang awal sahaja.Hehehe.Mereka semua memandang aku pelik.Aku sengih kepada mereka.Sorry la kawan.Aku lambat sekejap sahaja pun.Kataku di dalam hati.
     “Jue..anak buah aku yang mana?”Soalku kepada Jue.Setiap fasilitator diberikan seorang pelajar untuk dibimbing.Jadi aku pun tercari-carilah anak buah aku tu.Tak nampak pun batang hidung dia.Takkan tak datang kot?
     “Owh..dia pergi toilet.Tunggu kau lambat sangat.Kat hujung tu tempat kaulah.”Jue menunjukkan tempat dudukku.
     Thank you geng.”Balasku seraya hendak berlalu daripada situ.Langkahku terhenti tatkala Jue menarik lenganku.Aku memandangnya hairan.
     “Hensem kot anak buah kau.Kalau tak nak kasi kat aku.”Beritahunya sambil tersengih-sengih.
     Isy.Budak nikan.Sekeh kepala baru tahu.Aku melabuhkan dudukku berhadapan dengan tempat duduknya dan mengeluarkan nota pelajaran untuk hari ini.Seseorang menarik kerusi dan aku mengangkat muka memandangnya.Keningku berkerut memikirkan di mana aku pernah bertemunya.
     “Hai,kita jumpa lagi!”
     “Erm..hai.Kita pernah jumpa ke sebelum ni?”Soalku kepadanya.
     “Isy..takkan tak ingat?Dah dua kali kita jumpa.
     “Betul ke?Rasanya macam first time kita jumpa.Erm..bila kita jumpa?”Soalku kepadanya.
     “Isy...takkan tak ingat langsung.Hai, Amsyar!”.Ingat tak?”Beritahunya.
     Mulutku terlopong mendengar kata-katanya.”Owh..yang ada minah perasan tu ke?”Soalku lagi.
     “Betullah tu.Sombong kan orang tu?”
     Aku membiarkan kata-katanya.”Eh..jomlah kita start.Kang tak sempat pula.”Kataku seraya mengalihkan topik perbualan kami.Aku memulakan sesi pembelajaran dan menunjukkan contoh-contoh soalan dan jawapan dan sedaya upaya cuba untuk meringkaskannya.Harap-harap mamat ni fahamlah apa yang aku ajar ni.Bisikku.
     Sedari saat itu,mana-mana tempat yang aku pergi mesti aku akan terserempak dengan dia.Dia pula mesti akan melambai kearah aku.Malu jugalah aku dengan kengkawan aku yang lain.Dan setiap kali itulah dia akan cakap ‘Hai,awak!’ pada aku.Dan ada juga manusia yang dengki dengan aku.Masalah betullah minah tu.Sejak itulah selalu sahaja dia mencari pasal dengan aku.Siapa lagi kalau bukan si Hani tu.
**************
     Aku tersenyum apabila mengingati detik-detik awal perkenalan diantara aku dan Amsyar.Siapa sangka bermulanya daripada dua perkataan tersebut hubungan aku dengan dia menjadi semakin rapat.Malah lebih daripada itu kalau korang semua nak tahu.Dia sebenarnya telah bergelar suami kepada aku seminggu yang lalu.
     Suatu hari aku mendapat panggilan telefon daripada ibuku yang memberitahu ada orang datang merisikku.Ibuku menceritakan perihal pemuda tersebut kepada aku.Daripada nada suaranya aku tahu yang ibu sangat berkenan akan pemuda tersebut.Terdetik juga dihatiku yang pemuda itu sangat hebat kerana berjaya menarik perhatian ibuku.Siapa tak kenal akan ibuku yang sangat tegas orangnya.
     Ayahku pula seperti biasa akan menyerahkan bulat-bulat keputusan itu di tanganku.Dia cakap kebahagiaan itu milik aku dan aku bertanggungjawab dalam mencorakkannya.Setelah lama berfikir aku bersetuju sahaja dengan risikan tersebut.Mungkin sudah tiba masanya untuk aku membina keluarga aku sendiri.Semasa melihat borang nikah tersebut baru aku tahu yang bakal suamiku adalah Amsyar.Sungguh kecil dunia ini.
     Dia memberitahu yang dia sudah lama sukakan aku.Suatu hari dia meminta alamat rumahku daripada Jue tanpa pengetahuan aku.Jadi bila masa yang sesuai tiba,senanglah dia hendak menghantar ibu bapanya untuk merisik aku.Bijak sungguh dia.Apa yang aku harapkan kini adalah rumah tangga aku dengan dia akan terus kekal dan sentiasa diberkati.Amin.

Sunday, 14 October 2012

Bicara Mereka Tentang Cinta



“Mereka berkata, “Cinta menjadikanmu gila sedangkan kau orang yang memahami agama. Ku katakan pada mereka, ‘Mengapa kalian iri padanya? Jawabnya, kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa. Adakah Muhammad mengharamkan cinta dan menghina umatnya yang jatuh cinta? Jangan berlagak mulia dengan menyebut cinta sebagai dosa. Jangan pedulikan apa kata orang tentang cinta. Bukankah manusia harus menetapi pilihannya? Bukankah kata tersembunyi tak bererti diam seribu bahasa?

(Ibnu Hazm al Andalusi)

“Cinta, kasih sayang, dan terpesona dengan sesuatu yang indah dan memiliki keserasian bukan perkara yang cela serta tak perlu dibuang. Tetapi cinta yang melewati batas pesona dan cinta akan menguasai akal dan menghanyutkan pemiliknya kepada perkara yang tidak sesuai dengan hikmahnya yang sebenar. Inilah yang mengundang cela.”

(Imam Ibnu al Jauzi)

“Cinta sejati tidak lahir dalam waktu yang sekejap. Ia bukan lahir dari paksaan. Cinta sejati berjalan dengan lambat dan perlahan. Ia berjalan dengan paduan panjang dan pancangan tiang. Cinta sejati lahir kerana kemantapan niat dan keteguhan tujuan. Cinta sejati tidak akan sirna dan pudar dalam ikatan.

(Ibnu Hazm al Andalusi)

“Tiada batasan yang lebih jelas daripada perkataan cinta itu sendiri. Membatasinya hanya akan mengaburkan maknanya. Hakikat batasan dan penerangan cinta tidak dapat dilukiskan dengan jelas, kecuali dengan perkataan cinta itu sendiri.”

(Ibnu Qoyyim Al Jauziyah)

Wednesday, 10 October 2012

Doa Cinta Sayyid Qutb


Ya Allah
Jika aku jatuh cinta
Labuhkanlah cintaku pada insan yang melabuhkan
cintanya padaMu
Supaya cintaku padaMu semakin bertambah

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh cinta
Pelihara cintaku supaya tidak melebihi cintaku
padaMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati
Izinkan aku menyentuh hati insan yang hatinya
tertaut padaMu

Ya Tuhanku
Jika aku jatuh hati
Peliharakan hatiku
padanya agar tidak
berpaling dariMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukan aku pada insan yang merindui syahid di
jalanMu
Dan pelihara rinduku supaya tidak lalai dari
merindui syurgaMu

Ya Allah
Jika aku sedang menikmati cinta hambaMu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
munajat di sepertiga malamMu

Ya Allah
Jika aku jatuh hati pada hambaMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah
Jika Engkau halalkan aku merindui hambaMu
Jangan biarkan
aku melampaui batas
sehingga terlupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepadaMu

Ya Allah
Engkau tahu semua hati ini
Telah berhimpun dalam cinta kepadaMu, bertemu
dalam ketaatan terhadapMu, bersatu kerana dakwah
padaMu, berpadu dalam membela syariatMu
Kukuhkanlah ikatannya, Ya Allah
Kekalkanlah cintanya
Tunjukkanlah semua jalannya
Penuhilah semua hati ini dengan cahayaMu yang
tidak pernah pudar
Lapangkan dadaku dengan limpahan keimanan
kepadaMu
Dan keindahan tawakal di jalanMu

Amin
Ya Rabbal ‘Alamin