Ya
Allah
Jika
aku jatuh cinta
Labuhkanlah
cintaku pada insan yang melabuhkan
cintanya
padaMu
Supaya
cintaku padaMu semakin bertambah
Ya
Muhaimin
Jika
aku jatuh cinta
Pelihara
cintaku supaya tidak melebihi cintaku
padaMu
Ya
Allah
Jika
aku jatuh hati
Izinkan
aku menyentuh hati insan yang hatinya
tertaut
padaMu
Ya
Tuhanku
Jika
aku jatuh hati
Peliharakan
hatiku
padanya
agar tidak
berpaling
dariMu
Ya
Rabbul Izzati
Jika
aku rindu
Rindukan
aku pada insan yang merindui syahid di
jalanMu
Dan
pelihara rinduku supaya tidak lalai dari
merindui
syurgaMu
Ya
Allah
Jika
aku sedang menikmati cinta hambaMu
Janganlah
kenikmatan itu melebihi kenikmatan
munajat
di sepertiga malamMu
Ya
Allah
Jika
aku jatuh hati pada hambaMu
Jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMu
Ya
Allah
Jika
Engkau halalkan aku merindui hambaMu
Jangan
biarkan
aku
melampaui batas
sehingga
terlupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepadaMu
Ya
Allah
Engkau
tahu semua hati ini
Telah
berhimpun dalam cinta kepadaMu, bertemu
dalam
ketaatan terhadapMu, bersatu kerana dakwah
padaMu,
berpadu dalam membela syariatMu
Kukuhkanlah
ikatannya, Ya Allah
Kekalkanlah
cintanya
Tunjukkanlah
semua jalannya
Penuhilah
semua hati ini dengan cahayaMu yang
tidak
pernah pudar
Lapangkan
dadaku dengan limpahan keimanan
kepadaMu
Dan
keindahan tawakal di jalanMu
Amin
Ya
Rabbal ‘Alamin
0 comments:
Post a Comment