Assalamualaikum
semua...
Hari ni saya nak
kongsikan sebuah cerita yang agak menarik dengan kawan-kawan.Pernah terbaca di mana-mana
tak tajuk di atas tu?Sebenarnya tajuk di atas itu adalah tajuk salah sebuah
buku yang diterbitkan oleh Hijjaz Record Publishing.Ia dinukilkan sendiri oleh
salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang bernama Faizal Osman.
Hem..apa yang menarik
tentang buku ini?Adakah kerana perkataan “cinta” tersebut?Atau adakah kerana
perkataan “syurga” itu?Sedikit sebanyak saya tertarik kerana perkataan
itu.Hehe.Jom kita teliti sinopsis bagi buku ini.
Sinopsis
Cinta mereka, bukan
sekadar cinta nafsu nafsi, atau sekadar cinta sepasang manusia yang saling
jatuh hati atau cinta insan yang takut bersendiri mengharungi hari. Cinta
mereka, adalah cinta yang wujud kerana cintakan Penciptanya, yang hadir kerana
mengagumi keindahan ciptaan Tuhannya dan yang terbit dari rasa keinsafan
melihat ketinggian cinta kepada Khaliqnya. Cinta mereka, berjalan di atas
landasan jihad, melangkah di atas laluan taqwa serta bernaung di bawah rahmat
dan keredhaan Pemiliknya. Cinta mereka, adalah cinta manusia yang ada khilaf
untuk diteladani, ada kasih yang hanya Allah sahaja yang dapat membatasi, dan
ada pasrah menerima ketentuan Ilahi. Cinta mereka, ada yang diakhiri bahagia,
ada juga kisah yang diakhiri air mata. Bukan kisah dongeng yang berakhir di
jinjang pelamin, sebaliknya, disemai oleh akad pernikahan dan disiram oleh rasa
kesyukuran. Yang pasti, ada wangian syurga dalam cinta mereka. Wangian yang
mahu dikongsi bersama.
Buku ini dibahagikan
kepada empat bahagian.Setiap bahagian ini menceritakan pelbagai kisah cinta
yang boleh dijadikan panduan oleh generasi sekarang tentang bagaimana cara yang
patut kita lakukan apabila mengalami masalah cinta.Mari kita lihat serba
sedikit gambaran buku ini.
Bahagian 1:
Bertemu Cinta
Bahagian 1
menceritakan bagaimana mereka menemui cinta mereka dalam keadaan mereka diuji
dengan dugaan dan bagaimana kejujuran dan keimanan mendapat
kemenangan.Menceritakan bagaimana Hawa diciptakan buat Adam yang kesepian
meniti hari-harinya di syurga.Bagaimana cinta di dalam hati Saidina Ali dan
Saidatina Fatimah akhirnya bersatu apabila Ali menyuarakan hasratnya untuk
memperisterikan Fatimah.Bagaimana seorang gadis penjual susu akhirnya dapat
menjadi menantu kepada Saidina Umar Al-Khattab di atas kejujuran
dirinya.Bagaimana Yaakob sanggup berusaha dalam menunaikan janjinya demi
memperisterkan Rahil yang dicintai.Bagaimana sebiji epal dapat menemukan Abu
Salih dan orang yang bakal menjadi isterinya pada suatu hari nanti.
Bahagian 2:
Diuji cinta
Bahagian ini pula
menceritakan tentang apa yang dilakukan oleh orang-orang tertentu apabila cinta
mereka diuji.Adakah mereka akan menerimanya dengan tabah atau adakah cinta
mereka akan beralih arah.Wujud juga manusia yang sanggup membunuh demi
cinta.Begitulah penangan cinta kepada seorang manusia yang memperhambakan
dirinya kepada cinta dunia.Sinonimnya,situasi dahulu dan sekarang hampir sama.Mari
kita ikuti sedikit sebanyak kisah-kisah yang dapat dijadikan panduan untuk kita
semua.
Qabil merupakan manusia pertama yang
menumpahkan darah saudaranya sendiri,iaitu Habil.Semuanya disebabkan oleh
perasaan cemburunya terhadap Habil yang dapat memperisterikan Iqlima yang lebih
menawan daripada Labuda.Maka,tahulah kita bahawa perasaan cemburu yang
berlebihan akan memberikan kesan yang buruk pada diri kita sendiri dan
masyarakat di sekeliling kita.Oleh itu,jauhilah sifat itu.
Tidak lupa juga bagaimana Yusuf terpenjara
akibat cinta Zulaikha kepadanya.Terpenjaranya Yusuf menyebabkan Zulaikha
menjadi perindu.Perindu yang akhirnya dapat mencari cinta yang lebih mulia
daripada cinta Yusuf si pujaan hati.Iaitu cinta Ilahi yang pasti kekal abadi.Kisah
cinta Abdurrahman bin Abi Bakar r.a juga mengajar kita bahawa cinta yang
disandarkan atas dasar keindahan tidak akan kekal abadi.Bagaiamana Laila yang
dicintai akhirnya diceraikan setelah kecantikan Laila itu hilang dalam sekelip
mata.Yazid bin Abdul Malik yang cerdik pandai akhirnya menjadi gila akibat
kehilangan Hababah yang dicintai.Urusan pentadbirannya dibiarkan akibat
dihanyutkan oleh perasaanya itu.Betapa lemahnya seorang lelaki dengan cinta
wanita.
Bahagian 3:
Nilai cinta
Di dalam bahagian ini,kisah-kisah
yang dimasukkan menceritakan betapa tingginya nilai harga sebuah cinta.Namun
begitu,ingatlah bahawa cinta Ilahi merupakan cinta yang paling berharga.Pada
pandangan saya,kisah-kisah yang digambarkan begitu menusuk kalbu.Jadi saya
tidak bercadang untuk menghuraikan kisah-kisah cinta ini.Pembaca pasti dapat
menghayatinya sendiri apabila membacanya sendiri.
Bahagian 4:
Ketinggian cinta.
Bahagian ini juga
mempunyai kisah-ksah teladan yang patut kita contohi.Sama seperti bahagian
3,kisah-kisah yang dipaparkan sangat menarik dan haruslah dihayati sendiri oleh
para pembaca sekalian.
Habislah sudah serba sedikit penerangan
saya mengenai buku ini.Jika kawan-kawan sekalian sudah membacanya,jangan lupa
untuk mengambil iktibar dari kisah-kisah mereka yang sangat menarik ini.Sampai
bertemu lagi.(^_~)
0 comments:
Post a Comment