“Mereka berkata, “Cinta menjadikanmu gila sedangkan kau orang
yang memahami agama. Ku katakan pada mereka, ‘Mengapa kalian iri padanya?
Jawabnya, kerana ia mencinta dan dicintai pujaan jiwa. Adakah Muhammad
mengharamkan cinta dan menghina umatnya yang jatuh cinta? Jangan berlagak mulia
dengan menyebut cinta sebagai dosa. Jangan pedulikan apa kata orang tentang
cinta. Bukankah manusia harus menetapi pilihannya? Bukankah kata tersembunyi
tak bererti diam seribu bahasa?
(Ibnu Hazm al Andalusi)
“Cinta, kasih sayang, dan terpesona dengan sesuatu yang indah
dan memiliki keserasian bukan perkara yang cela serta tak perlu dibuang. Tetapi
cinta yang melewati batas pesona dan cinta akan menguasai akal dan
menghanyutkan pemiliknya kepada perkara yang tidak sesuai dengan hikmahnya yang
sebenar. Inilah yang mengundang cela.”
(Imam Ibnu al Jauzi)
“Cinta sejati tidak lahir dalam waktu yang sekejap. Ia bukan
lahir dari paksaan. Cinta sejati berjalan dengan lambat dan perlahan. Ia
berjalan dengan paduan panjang dan pancangan tiang. Cinta sejati lahir kerana
kemantapan niat dan keteguhan tujuan. Cinta sejati tidak akan sirna dan pudar
dalam ikatan.
(Ibnu Hazm al Andalusi)
“Tiada batasan yang lebih jelas daripada perkataan cinta itu
sendiri. Membatasinya hanya akan mengaburkan maknanya. Hakikat batasan dan
penerangan cinta tidak dapat dilukiskan dengan jelas, kecuali dengan perkataan
cinta itu sendiri.”
(Ibnu Qoyyim Al Jauziyah)
0 comments:
Post a Comment