“Hai,awak!”
Aku pandang lelaki yang menegur aku
tadi.Pehal mamat ni.Bisikku.
“Erm..boleh tumpang duduk.Tempat lain
semua full.”
Aku pandang kawasan di sekitarku.Betullah.Dah
penuh.
“Duduklah.”Sepatah aku menjawab.
“Thanks
ya.”Terus diucap setelah melabuhkan
duduknya.
Suasana di meja masih sama sebagaimana
keadaan asalnya.Masing-masing tekun menyiapkan kerja mereka.
“Hai,Amsyar!”
Satu suara menegur.Huh!Perempuan gedik
mana pula ni.Bisikku.
“Oh,hai!Nak pergi mana?”Mamat tu menjawab.
Ceh.Dia ni rupanya.Aku pandang perempuan
tu sekilas.Erm..okey.Dia cantik lagi.Kerja aku teruskan tanpa mempedulikan
drama sebabak di depan aku ni.Bukannya ada kaitan dengan aku pun.
“I
nak cari you la.Tengok-tengok you ada di sini.Jom pergi makan ais
krim.Nak tak?”Perempuan tu bersuara lagi.
Meremang bulu roma aku.Muka aku blur macam biasa.Buat macam aku tak
wujud di situ.
“Oh,menariknya!Tapi I tak bolehlah nak temankan you.I ada banyak kerja ni.Kejap lagi I nak pergi jumpa classmates nak bincang untuk presentation
esok.”Terang Amsyar panjang lebar.Sebenarnya mencari helah untuk mengelak.Dalam
hati sengih jahat.Hehe.
Hani dah tarik muka empat belas.Terkilan
kerana ajakannya tidak diterima.Susah betul nak ajak Amsyar pergi mana-mana.
“Ala..you
ni.Malam ni tak boleh ke jumpa?”Hani masih memujuk.
“Tak bolehlah.Nanti tak sempat nak buat preparation.You pun tahu kan Encik Ikbal tu macam mana orangnya.Mampus I dengan dia nanti kalau tak prepare awal-awal.”Helah masih dicari.Go on Amsyar.Jangan mengalah.Hati kecil
menyorak.Budak perempuan di depan dia blur sahaja sedari tadi.Muka pun tak diangkat
dari bukunya.
“Kalau macam tu tak apalah.I balik dulu.Jumpa lagi.Bye.”Dengan gaya gediknya dia melambai
Amsyar.
Aku sedaya upaya menahan mulutku daripada
ketawa.First class punya drama.Bangga
aku sebab dapat tengok drama sebabak ni.Hahaha.
“Sorry
awak.Benda macam ni selalu terjadi.”Amsyar meminta maaf kepada gadis
itu.Berharap agar dia mengerti.
“It’s
okay.It doesn’t matter at all.Nice drama
anyway.”Aku menjawab sinis.Hehe.
“By
the way,my name is Amsyar.Your name is?”
“I
don’t tell my name to a stranger.”Aku mengemas barang-barangku dan segera
bangun untuk beredar daripada situ.Tak nak duduk lama-lama dengan dia ni.Tanda
bahaya dah terbentang di hadapan.
“Hei,nama awak apa?”Jerit Amsyar.
Jeritannya tidak aku hiraukan.Ikut suka
akulah nak bagitau ke tak nama aku.
***************
“Faa.”Panggil Jue yang berada di sebelahku.
“Hem..apasal?”
“Cuba kau tengok mamat-mamat yang ada kat
situ.Apasal dari tadi diorang pandang kita eh?”Jue menunjukkan kearah yang
dimaksudkannya.
Aku membuang pandang kearah yang
ditunjukinya.Namun hampa.Apa yang terlihat hanyalah imej yang kabur.Maklumlah
aku kan rabun.Lepas itu buat gaya macam nampak sahaja.Hehehe.
“Entahlah.Aku tak kenal siapa mereka
tu.Buat tak tahu sajalah Jue.Bukannya ada kaitan dengan kita berdua
pun.”Jawabku malas.
Jue mengangguk-anggukan kepalanya.”Betul
juga kan.Bukannya ada kaitan dengan kita pun.Jomlah cepat.Nanti tak pasal-pasal
tutup pula koperasi tu.”
Kami jalan beriringan menuju ke
koperasi.Hem..student dalam koperasi
tak ramai.Ni yang seronok ni.Hehehe.Macam biasa aku akan pergi membeli ais krim
kegemaranku jika aku melawat koperasi ni.Dah jadi macam satu rutin yang wajib
bagi aku.
Seorang pemuda juga turut datang
kemudiannya.Turut membelek-belek ais krim apa yang patut dibeli.Eh!Dia beli ais
krim yang sama macam akulah.Ada jodoh ni.Hatiku berbisik.
“Fikir apa lagi?Tak nak bayar ke?”Pemuda
itu menyoal.
Tersentak aku.Kacau betullah.”Nak bayarlah
ni.Sibuk ja.”Terus aku melangkah kearah kaunter.
Selepas membayar aku segera keluar dan
menanti Jue habis membeli di luar.Bukannya best pun kalau bersesak-sesak kat
dalam tu.Kekurangan oksigen adalah.
“Hai,awak!”
Aku memandang figura yang menegur
aku.Kening diangkat.
Amsyar sengih pada gadis di
hadapannya.Isy,budak ni.Takkan tak ingat aku kot.”Tak ingat saya ke?Saya
Amsyar.”Dia memperkenalkan sekali lagi dirinya pada gadis itu.
Aku garu kepala yang tidak
gatal.”Hem..maaflah.Saya tak kenal awak.Pergi dulu.”Balasku seraya mendapatkan
Jue yang kebetulan baru keluar daripada koperasi.
“Siapa mamat tu?”Soal Jue.
“Entah.Dia cakap nama dia Amsyar.Kau kenal
ke?”Soalku kembali.
“Isy..kau ni kan.Kalau kau tak kenal,aku
lagilah tak kenal.”Balas Jue sambil ketawa.Aku turut ketawa mendengar
jawapannya.
****************
“Siapa girl
tadi Am?”Soal Rizal.
Amsyar merenung Rizal sebelum menjawab
soalannya itu.”Ala.Budak yang aku cerita dulu la.Yang tayang muka blur dia time Hani tegur aku dulu tu.”
“Owh.Cun juga budak tu.Kenalkan kat aku
boleh tak?”Soal Rizal sambil tersengih.
“Nama dia pun aku tak tahu lagi.Nak
kenalkan dekat kau macam mana.Erm..by the
way,budak tu aku punya.Kau jangan
pandai-pandai nak potong jalan.”Tegas Amsyar.Keningnya berkerut memikirkan cara
untuk dia mengenali perempuan itu.
“Isy kau ni.Hani tu kau nak letak
mana?”Soal Rizal lagi.
“Isy.Bila masa aku ada apa-apa dengan si
Hani tu.Dia yang tergedik-gedik dengan aku.Aku pun tak tahu macam mana nak
jauhkan diri aku dari dia.Rimas aku dengan perempuan tu.Kau ada idea
tak?”Amsyar menanyakan buah fikiran daripada rakannya.
“Erm..aku pun tak tahulah Am.Kita bukannya
boleh nak halang perasaan orang.Bukannya hak kita kalau kita nak halang.Betul
tak?”
Amsyar mengangguk-anggukkan kepalanya
mendengar kata-kata Rizal.”Itulah masalahnya.”Jawabnya pendek.
************************
Aku pandang Puan Aisyah yang berada di
hadapanku ini.Entah sebab apalah dia meminta aku agar berjumpanya selepas kelas
tadi.Sesekali dia meneliti kertas di hadapannya sambil memandang aku.Isy.Gerun
betullah.
“Haifaa.”Panggilnya.
“Ya puan.Apa yang boleh saya
bantu?”Ceh.Ayat skema gila.Hehe.
“Setakat ini pencapaian awak dalam subjek
matematik sangat membanggakan.Markah PB awak pun tak pernah turun.Dan saya
harap awak tidak menyombong dengan kawan-kawan awak semata-mata kerana awak
lebih pandai berbanding mereka.Dan saya nak minta pertolongan daripada awak.Dan
saya harap awak tidak menolak.?”Puan Aisyah meninggalkan tanda tanya di
benakku.
“Pertolongan apa puan?”Soalku tidak
bertangguh.
“Kamu tahu kan ada di antara rakan-rakan
kamu yang lemah dalam subjek ini?”Aku mengangguk tanda menjawab soalannya.”Jadi
saya nak minta tolong kamu untuk menjadi salah seorang fasilitator mereka.Dan
saya harap kamu bersetuju.Selain kamu ada lagi beberapa orang yang akan menjadi
fasilitator.Mereka semua telah dimaklumkan kelmarin.Kamu kan bercuti
kelmarin,jadi hari ini baru saya berpeluang memberitahu kamu.”Terang Puan
Aisyah panjang lebar.
“Baiklah puan.InsyaALLAH saya akan cuba
membantu mereka dengan ilmu yang saya ada.”Jawabku seraya meminta diri.
***************************
Aku berlari-lari anak ke bilik tutorial
yang telah ditetapkan.Isy.Macam mana boleh tertidur ni?Kan dah lambat.Mesti diorang
semua dah sampai.Isy..malunya nak masuk.Hati kecilku berbisik.Semua orang sudah
sampai dan ada di antara mereka yang telah memulakan pengajaran mereka.
“Assalamualaikum.”Aku memberi salam dan
masuk dengan selambanya ke dalam ke kelas tutorial.Gaya macam aku masih datang
awal sahaja.Hehehe.Mereka semua memandang aku pelik.Aku sengih kepada mereka.Sorry la kawan.Aku lambat sekejap sahaja
pun.Kataku di dalam hati.
“Jue..anak buah aku yang mana?”Soalku
kepada Jue.Setiap fasilitator diberikan seorang pelajar untuk dibimbing.Jadi
aku pun tercari-carilah anak buah aku tu.Tak nampak pun batang hidung dia.Takkan
tak datang kot?
“Owh..dia pergi toilet.Tunggu kau lambat sangat.Kat hujung tu tempat kaulah.”Jue
menunjukkan tempat dudukku.
“Thank
you geng.”Balasku seraya hendak berlalu daripada situ.Langkahku terhenti
tatkala Jue menarik lenganku.Aku memandangnya hairan.
“Hensem kot anak buah kau.Kalau tak nak
kasi kat aku.”Beritahunya sambil tersengih-sengih.
Isy.Budak nikan.Sekeh kepala baru tahu.Aku
melabuhkan dudukku berhadapan dengan tempat duduknya dan mengeluarkan nota
pelajaran untuk hari ini.Seseorang menarik kerusi dan aku mengangkat muka
memandangnya.Keningku berkerut memikirkan di mana aku pernah bertemunya.
“Hai,kita jumpa lagi!”
“Erm..hai.Kita pernah jumpa ke sebelum
ni?”Soalku kepadanya.
“Isy..takkan tak ingat?Dah dua kali kita
jumpa.
“Betul ke?Rasanya macam first time kita jumpa.Erm..bila kita
jumpa?”Soalku kepadanya.
“Isy...takkan tak ingat langsung.Hai,
Amsyar!”.Ingat tak?”Beritahunya.
Mulutku terlopong mendengar
kata-katanya.”Owh..yang ada minah perasan tu ke?”Soalku lagi.
“Betullah tu.Sombong kan orang tu?”
Aku membiarkan kata-katanya.”Eh..jomlah
kita start.Kang tak sempat pula.”Kataku
seraya mengalihkan topik perbualan kami.Aku memulakan sesi pembelajaran dan
menunjukkan contoh-contoh soalan dan jawapan dan sedaya upaya cuba untuk
meringkaskannya.Harap-harap mamat ni fahamlah apa yang aku ajar ni.Bisikku.
Sedari saat itu,mana-mana tempat yang aku
pergi mesti aku akan terserempak dengan dia.Dia pula mesti akan melambai kearah
aku.Malu jugalah aku dengan kengkawan aku yang lain.Dan setiap kali itulah dia
akan cakap ‘Hai,awak!’ pada aku.Dan ada juga manusia yang dengki dengan
aku.Masalah betullah minah tu.Sejak itulah selalu sahaja dia mencari pasal
dengan aku.Siapa lagi kalau bukan si Hani tu.
**************
Aku tersenyum apabila mengingati
detik-detik awal perkenalan diantara aku dan Amsyar.Siapa sangka bermulanya daripada
dua perkataan tersebut hubungan aku dengan dia menjadi semakin rapat.Malah
lebih daripada itu kalau korang semua nak tahu.Dia sebenarnya telah bergelar
suami kepada aku seminggu yang lalu.
Suatu hari aku mendapat panggilan telefon
daripada ibuku yang memberitahu ada orang datang merisikku.Ibuku menceritakan
perihal pemuda tersebut kepada aku.Daripada nada suaranya aku tahu yang ibu
sangat berkenan akan pemuda tersebut.Terdetik juga dihatiku yang pemuda itu
sangat hebat kerana berjaya menarik perhatian ibuku.Siapa tak kenal akan ibuku
yang sangat tegas orangnya.
Ayahku pula seperti biasa akan menyerahkan
bulat-bulat keputusan itu di tanganku.Dia cakap kebahagiaan itu milik aku dan
aku bertanggungjawab dalam mencorakkannya.Setelah lama berfikir aku bersetuju
sahaja dengan risikan tersebut.Mungkin sudah tiba masanya untuk aku membina
keluarga aku sendiri.Semasa melihat borang nikah tersebut baru aku tahu yang
bakal suamiku adalah Amsyar.Sungguh kecil dunia ini.
Dia memberitahu yang dia sudah lama
sukakan aku.Suatu hari dia meminta alamat rumahku daripada Jue tanpa
pengetahuan aku.Jadi bila masa yang sesuai tiba,senanglah dia hendak menghantar
ibu bapanya untuk merisik aku.Bijak sungguh dia.Apa yang aku harapkan kini
adalah rumah tangga aku dengan dia akan terus kekal dan sentiasa
diberkati.Amin.